Wednesday, December 5, 2007

Ada Apa dengan HINDRAF?

Seluruh negara kecoh dengan perhimpunan 'haram' HINDRAF baru - baru ini. Gempar seluruh negara dan tidak semena-mena beberapa pihak segera menyelar dan mengutuk perlakuan biadap segelintir masyarakat India ini. Rata - rata menyalahkan HINDRAF kerana tindakan mereka yang dianggap keterlaluan hingga sanggup mendakwa negara ini mengamalkan dasr pembersihan etnik.

Namun di celah -celah kutukan dan celaan itu, sesetengah melihatnya sebagai satu tindakan wajar. Tindakan tersebut wajar atas rasional bahawa memang terdapat kaum yang masih ketinggalan dalam segenap aspek terutamanya sosial dan ekonomi walaupun hakikat itu tidak diakui oleh pemerintah. Walau bagaimapun mereka yang menyokong tindakan HINDRAF tidaklah seratus peratus mengiakan perlakuan mereka.

Golongan ini berpendapat bahawa HINDRAF atau mana-mana golongan tidak wajar menjadikan ras sebagai platform perjuangan mereka. Ras hanya akan membawa keburukan kerana ia seolah -olah menidakkan bahawa kaum lain tidak tertindas. Ini jelas apabila satu stesen tv swasta segera mengeluarkan data - data yang menunjukkan bahawa antara lain kaum India menduduki taraf yang lebih baik berbanding Melayu dari segi pendapatan per kapita isi rum,ah.

Rasanya itu memang benar dan kaum India sendiri sekurang -kurangnya boleh berbangga apabila bangsa mereka diiktiraf dalam negara ini sedang nasib bangsa-bangsa minoriti lain yang merupakan anak jati atau bumiputera tidak menikmatinya. Bukti? Anda lihat sahaja borang -borang yang perlu dan pernah anda isi selama ini tidak kiralah borang itu borang jawatan kosong, memohon kad kredit dan sebagainya. Lihat ruangan bangsa atau keturunan - tiga bangsa mesti tertera di situ;Melayu, Cina dan India sedangkan bangsa bumiputera yang sepatutnya dinyatakan tiada! Dengan perit golongan Orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak 'terpaksa' menandakan lain -lain sebagai keturunan mereka!

Konotasi perkataan lain-lain tentunya amat perit setelah nenek moyang mereka bertungkus lumus berkorban untuk menjadi warga sebuiah negara merdeka tetapi cuma dibayar dengan perkataan lain-lain. Kedudukan ekonomi bumiputera di Sabah dan Sarawak sendiri amat menyedihkan walaupun diakui ia lebih baik berbanding suatu ketika dahulu.Namun kiranya ia dibandingkan dengan kaum India rasanya mereka jauh lebih baik.

Nah, setelah membaca keluhan di atas saya yakin bahawa perjuangan atas dasar ras amat bahaya dalam konteks negara majmuk seperti Malaysia. Oleh yang demikian, cadangasn dan saranan golongan yang berpendapat bahawa perjuangan mengatasi penindasan dan perjuangan ke arah kesaksamaan wajar didasari dengan pendekatan 'kebersamaan' dan penyertaan semua rakyat negara ini tanpa mengira bangsa.

Malaysia negaraku!
http://www.wangrakyat.net?reff=caeser76

No comments: