Sunday, January 20, 2008

Belasungkawa buat Rizal Aris Fernando

"Sesungguhnya pemergian Allahyarham amat mengejutkan.Namun demikianlah ketentuan- Nya yang wajar kita terima. Saya amat mengagumi Allahyarham dan mula mengenali beliau ketika kes DSAI lewat tahun 1998. Malah beliau saya kira sebagai pembakar semangat semasa masih dalam pengajian. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai.
Buat DSAI khasnya dan rakan -rakan, teguhkan iman dan kuatkan semangat kerana sesungguhnya semua ini ada hikmahnya. Di ketika anda semua bergelumang dengan perjuangan merubah kegawatan negara satu persatu permata perjuangan gugur tanpa mampu melihat hasil perjuangan yang begitu didambakan. Kehilangan para sahabat sedemikian wajar menjadi pendorong and pembakar semangat agar matlamat perjuangan mampu dicapai sekalipun terpaksa membayar harga yang amat mahal.
Sekali lagi Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Patah tumbuh hilang berganti

Demikian antara komentar saya dalam suatu laman kegemaran yang saya kunjungi. Permergian Allahyarham Rizal Christopher Fernando amat mengejutkan walaupun saya telah mengenali beliau secara langsung hanya lewat laporan akhbar ketika negara heboh dengan pemecatan Anwar Ibrahim.

Saya amat mengagumi beliau dan rakan - rakan kerana berani dan lantang mempertahankan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di tengah - tengah kecelaruan yang cuba ditimbulkan oleh Augustine Paul dengan tidak relevannya yang begitu terkenal. Ketika itu, terfikir juga akan watak - watak yang bakal menjadi Pembela Anwar di mahkamah memandangkan kesnya yang kontroversi sehingga ada yang melabel pasukan pembela Anwar sebagai anti establishment. Pada mulanya saya kurang yakin akan adanya mereka yang sanggup membela Anwar kerana membela 'Pengkhianat' seperti Anwar samalah seperti mencurah pasir ke dalam periuk nasi sendiri. Seolah - olah tindakan membunuh diri. Namun kehadiran Christopher Fernando dan rakan - rakan amat mengujakan walaupun digasak hebat dan akhirnya anak guam mereka merengkok selama 6 tahun di Sungai Buluh.

Wajar kita tidak harus terlalu beremosi dalam kes berkenaan dan hujah haruslah berlandaskan fakta dan undang - undang dan itulah yang mungkin cuba dilakukan oleh Augustine Paul sehingga menyumbang kepada kenaikan pangkatnya ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Diakui memang beliau seorang hakim yang mahir dan hebat, kalau tak masakan tulisan beliau menjadi sumber rujukan para pelajar Perundangan seluruh negara. Namun, saya kira wibawa beliau tercalar teruk setelah kes berkenaan.

Allah Maha Adil lagi Maha Berkuasa akhirnya Anwar dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan salahguna kuasa di bawah Akta yang beliau sendiri perjuangkan. Memang ironis malah lebih ironis lagi setelah Tun M meletak jawatan, Mahkamah melepaskan Anwar daripada tuduhan nakal yang membawanya gelaran mantan banduan. Demikianlah hebatnya kuasa Allah ke atas makhluk yang dikehendaki-Nya.

Sekali lagi belasungkawa buat Christopher Fernando dan keluarga. Semoga roh dan semangatnya berkesinambungan hingga keadilan mampu ditegakkan tanpa mampu digugat lagi. Insya Allah.

Teringin kembali bergelar Peguam, tapi mungkin rezeki belum tiba










2 comments:

MJ Diaries said...

So you were lawyer before huh?

Watan Marhaen said...
This comment has been removed by the author.