Kenyataan celupar yang mungkin bermaksud untuk 'membodek' rakyat Malaysia di negeri itu ternyata amat tidak bertanggungjawab dan memandang rendah sumbangan dan kebijaksanaan warga Malaysia yang berada di Sabah. Kenyataan berkenaan seolah -olah menggambarkan bahawa warga Malaysia di SAbah umpama kerbau dicucuk hidung, hanya menjadi pak turut sepanjang masa. Situasi di mana simpanan dibuat untuk tempoh tertentu untuk memperolehi keuntungan berlipat ganda tanpa melakukan sesuatu yang proaktif nyata benar - benar tidak bertanggugjawab dan biadab. Perbuatan tersebut samalah seperti menangguk di air keruh dan jelas sekali berbaur oportunis yang mengaut keuntungan di atas kesusahan dan kesengsaraan orang lain.
Tidak kira siapa yang melontarkan kata - kata nista berkenaan wajar memohon maaf dan harus menginsafi hakikat bahawa bangkai gajah takkan mampu ditutup dengan nyiru lambat laun kelihatan jua. Satu ketika dahulu mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris SAlleh pernah berkata kepada Presiden PBS bahawa dearah kelahirannya (Pairin) bakal ditenggelami air akibat pembinaan empangan dan akhirnya Sabah termasuk Harris tenggelam bahana amukan bah PBS. Siapa sangka parti yang daif, tak punya apa - apa mampu menumbangkan sang gergasi.
18 tahun lampau, Pas juga berjaya membuktikan bahawa sikap biadab dan melampau pemerintah memakan diri apabila BN tumbang di Kelantan disusuli oleh Terengganu pada 1999 tanpa siapa menyangka. Pemerintah yang berkuasa tetapi biadab wajar ditunjukkan jalan keluar kerana terlalu angkuh. Keangkuhan terbukti dalam sejarah tidak akan bertahan lama lambat laun sirna jua hanya Allah yang Berkuasa.
Warga Malaysia di Sabah dan di mana jua yang kerap dianggap sebagai akaun tetap wajar bangun dan bersatu mengubah status akaun tetap kepada akaun saham yang tidak pasti pasang surutnya. Sudah cukup kita semua dipinggirdan diperlekeh laksana anjing kurap tidak bertuan. Bak kata orang Inggeris," Enough is enough.
" Amat hina rasanya bila memikirkan bahawa kita rakyat yang sama taraf tetapi lain pula pandangan mereka yang memegang kuasa.
Cukuplah penghinaan yang kita terima selama ini dan bangkitkan kembali nostalga 1985.
" Bukan kerbau dicucuk hidung"
No comments:
Post a Comment