Saturday, June 6, 2009

Jangan Tertipu


Ceria tetapi jangan tertipu

Kini setelah berakhirnya Muktamar PAS, Presidennya TG Hj. Hadi Awang 'kdengaran' masih mempertahankan idea Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh beliau sendiri setelah usai PRU 12, 8 Mac tahun lalu. Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan PAS dan BN menimbulkan pelbagai polemik di kalangan umum bukan sahaja di kalangan ahli politik.

Apakah sebenarnya Kerajaan Perpaduan ini tidaklah diketahui secara jelas. Kedudukan PAS dalam gabungan tersebut juga samar namun ramai berpandangan bahawa ia adalah langkah bahaya yang bakal menjahanamkan PAS sendiri. Ia pernah berlaku pada tahun 70an di mana PAS di bawah kepimpinan Datuk Asri Muda 'bergabung' dengan UMNO/BN, namun akhirnya ia gagal dan Datuk Asri berkelana membawa diri dan lahirlah Berjasa.

Idea berkenaan timbul di saat pakatan pembangkang muncul sebagai alternatif terbaik selepas keputusan pilihanraya umum ke 12 lalu. Mungkin Haji Hadi berpendapat memandangkan pakatan pembangkang amnya dan PAS khasnya kian beroleh sokongan maka wajar PAS mengambil kesempatan ini untuk mengukuhkan kedudukannya. Kesempatan ini juga dilihat UMNO yang pantas melihat gagasan tersebut sebagai platform baginya untuk terus berkuasa di samping cuba melemahkan Pakatan Rakyat yang kian mendapat tempat.

UMNO/BN sebagai parti pemerintah dan antara yang tertua sudah pasti kaya dengan pengalaman dan muslihat politik yang licik. Alasan kononnya gabungan tersebut bakal menguatkan lagi Melayu sukar diterima memandangkan selama ini UMNO sebagai tonggak utama parti memerintah berhempas pulas menggembleng segala kuasa dan pengaruhnya untuk kekal berkuasa seperti yang berlaku di Perak walaupun ia digambarkan seolah - olah benar dan tepat selaras Perlembagaan Negeri.

PAS wajar belajar dari sejarah di mana kesungguhan mereka untuk bersama - sama UMNO akhirnya bertukar menjadi pengalaman ngeri dan hampir menenggelamkan PAS. Sentimen sebangsa dan seagama mungkin menjadi perkiraan Presiden PAS dalam idea 'Perpaduan'nya itu namun dalam politik dan kuasa segalanya mungkin hanya kulit semata. Apakah UMNO selama ini berjaya dalam misinya untuk memartabatkan agama? Kes - kes murtad semakin berleluasa dalam diam mahupun terang - terangan sambil bangsa Melayu itu sendiri masih terkial - kial. Laporan ASLI tahun lepas menunjukkan ekuiti Melayu dan Bumiputera gagal mencan yangpdalah suatu tindakaai tahap 20 peratus sebagaimana yang disasarkan dalam DEB sebanyak 30 peratus. Kemunculan teknokrat dan usahawan bumiputera boleh dibilang dengan jari itupun mereka adalah segelintir yang mempunyai hubungan rapat dengan parti memerintah.

Langkah merealisasikan Kerajaan Perpaduan di saat Pakatan Rakyat kian disenangi dan matlamat parti memerintah yang samar - samar adalah suatu tindakan ke belakang dan ia juga membelakangi aspirasi rakyat yang dahagakan perubahan corak pemerintahan yang selama ini masih gagal memenuhi aspirasi rakyat terbanyak.

Pakatan Rakyat dan PAS khasnya harus lebih peka dan fokus ke arah menubuhkan kerajaan baru sesesai PRU 13 kelak. Perjuangan memartabatkan Islam tetap akan subur sekiranya PAS sendiri benar - benar ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan. Islam kini semakin difahami (Insya Allah) di kalangan mereka yang bukan Islam. Harus diingat dengan ketentuanNya juga kini dua aliran ekstrem berupaya duduk semeja bejerjasama dalam Pakatan Rakyat yang dilihat lebih terbuka kepada musyawarah berbanding dalam parti pemerintah itu sendiri. Pujangga agung, Buya Hamka pernah mengungkapkan;

Tanpa ISLAM layulah Melayu

No comments: