Thursday, September 16, 2010

HARI MALAYSIA KE 47


Malaysia negara kita

Genap 47 tahun yang lampau, sebuah negara baru bernama Malaysia lahir hasil gabungan bersama Tanah Melayu, Sabah , Sarawak dan Singapura. Namun masih ramai yang keliru dan beranggapan bahawa Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia sedangkan hakikat sebenar ialah ketiga - tiga entiti berkenaan adalah rakan kongsi sama rata.

Namun apa yang menyedihkan dan memilukan generasi kini semakin hilang jati diri lupa akan asal usul sehingga ada yang lebih ghairah meraikan 31 Ogos berbanding 16 September. Bagi mereka 31 Ogos lebih bermakna. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berasal dari Semenanjung Malaysia, ia mudah untuk difahami kerana pada tarikh itu mereka mencapai kemerdekaan, namun bagi mereka yang lahir dan dibesarkan di Sabah atau Sarawak, sikap demikian agak menyedihkan malah memalukan , seolah - olah mereka tidak pernah belajar dan menelusuri asal usul akar sejarah bangsa dan tanahair mereka.


Kenyataan bahawa Hari Malaysia hanya disambut semata - mata untuk meraikan mereka di Sabah dan Sarawak benar - benar menyinggung perasaan, suatu kenyataan dari mereka yang dangkal sejarah. Mereka ini sewajarnya insaf bahawa dengan wujudnya negara baru maka kehidupan mereka lebih sejahtera memandangkan hasil kekayaan negeri - negeri Sabah dan Sarawak dikongsi sama rata oleh semua hatta negeri kecil yang kurang sumber alamnya.

Hakikatnya kini, negeri yang kaya dengan hasil alam kini menjadi negeri termiskin di kalangan 14 buah negeri menurut laporan RMK 9 amat menyedihkan malah memalukan dan menghina masayarakat negeri tersebut khasnya dan Malaysia amnya. Bagaimana sebuah negeri yang kaya dijarah hingga menjadikan warga menderita? Tidak dinafikan masalah tersebut berpunca dari sikap pemimpin negeri berkenaan sendiri yang tidak arif tentang negeri mereka sendiri hingga menyebabkan hasil negeri lesap. Pemimpin - pemimpin wajar bertanggungjawab dan akur dengan amanah yang diberikan bukannya menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa.


SEJARAH TIDAK PERNAH BOHONG, UMAT YANG BERJAYA BELAJAR DARIPADA SEJARAH

No comments: