Friday, June 6, 2008

Politik + Tikus

Oleh itu, atas cadangan Tun Dr Mahathir, saya telah dilantik menjadi presiden UIA kira-kira lapan tahun yang lalu. Pada waktu itu UIA dianggap oleh kerajaan Malaysia sebagai pusat kegiatan anti-kerajaan.Malahan kerajaan pada waktu itu ingin menyerahkan UIA kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan menempatkan pelajar-pelajar Malaysia di universiti yang baru ditubuhkan yang dinamakan Kolej Universiti Islam, pada waktu itu.
Tun Dr Mahathir telah memberi tempoh enam bulan untuk saya menjadikan UIA bebas daripada politik kepartian.Alhamdulillah usaha membebaskan UIA daripada kegiatan politik kepartian telah dapat dijayakan sebelum [tempoh] enam bulan berlalu. Kembalilah UIA seperti sedia kala dan tidak jadi diserah kepada OIC.
Demikian sedutan temuramah dengan Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid mengenai ura - ura kerajaan ingin menamatkan perkhidmatannya sekiranya beliau didapati menggunakan kedudukannya untuk tujuan politik peribadi. Satu kenyataan yang melampau bahana kemelut politik masakini.
Tuduhan UIAM pernah menjadi pusat gerakan anti kerajaan amat tidak bertanggungjawab semata - mata untuk mendapat publisiti murahan bagi kuda tua yang sudah tempang. Sekiranya dalam AUKU, para pelajar dilarang sama sekali terlibat dengan politik kepartian maka sewajarnya sesuatu institusi agung juga wajar bebas daripada menjadi kuda tunggangan poltikus murahan.
Saya sedar UIAM tidak tertakluk di bawah AUKU namun sebagai institusi pendidikan tertinggi dan diiktiraf sebagai sebuah universiti amam terbaik di negara ini, tindakan mana - mana pihak waima Presiden sekalipun untuk menyeret UIAM ke kancah pertelingkahan amat tidak adil dan wajar.
Siapa beliau ini sebenarnya, beliau pernah terlibat dalam kontroversi menyerang kakitangan awam di lapangan terbang suatu ketika dahulu. Beliau mendakwa ingin bersara daripada politik kerana rasa bertanggugjawab terhadap kekalhan BN dalam pilihan raya beberapa tahun lalu. Adakah itu benar, atau kenyataan seorang yang ingin meraih simpati?
Tuduhan UIAM sebagai pernah menjadi pusat gerakan anti kerajaan amat tidak adil dan tidak pernah dibuktikan. Sekiranya tuduhan itu benar dan kerajaan yang dimaksudkan itu kerajaan yang sewenang - wenangnya menindas rakyat dengan menaikkan harga minyak walhal negara adalah pengeluar minyak dan menutup mata membiarkan harga barangan naik, maka tidak wajarkah para mahasiswa yang dekat dengan rakyat menentang kezaliman? Salahkan kita menentang kezaliman dan ketidakadilan? Salahkah berbeza pendapat lantas dituduh anti kerajaan? Apakah kita harus sentiasa mengiyakan tindakan pemerintah yang tidak adil?
Walaupun tidak dinyatakan, beliau sebenarnya merujuk kepada peristiwa 1998 di mana mantan Presiden UIAM dilucut jawatan dan dihumban ke penjara atas tuduhan salahguna kuasa, rasuah dan pelbagai tuduhan yang hingga kini telah dibuktikan dan terbukti tidak benar. Salahkah warga UIAM ketika itu mempertahankan salah seorang mantan ahli keluarga yang dianiaya? Kiranya mempertahankan maruah dan kehormatan seseorang yang pernah berjasa dianggap anti kerajaan maka sahlah Malaysia sedang bergerak ke arah kehancuran, Nau'uzubillahi min zalik.
Bahana politik negara yang kian kelam kabut habis segalanya terlibat kalau dahulu SIC diheret kerana Pengerusinya bukan ahli parti memerintah kini sebuah institusi pendidikan ulung turut terheret sama dan yang menyedihkan Presiden ini mengaku berjaya meneutralkan UIAM dalam tempoh enam bulan selepas perlantikannya, benarkah begitu?

1 comment:

Anonymous said...

Sepatutnya orang politik tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam IPTA atau IPTS seperti mana tidak boleh pemlibatan student dengan badan2 politik. baru adil

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru