Tuesday, November 18, 2008

Siapa Kita Nak Lawan Dia?

“Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

“Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?,”



Mutakhir ini, semakin ramai umat Islam yang terang - terangan menentang hukum agama atas apa juga alasan dan ini amat menakutkan. Maknanya, Akhir Zaman semakin hampir. Saya bukanlah seorang yang arif dalam agama namun syukur atas pengetahuan yang sedikit terkersan juga tanda - tanda kiamat yang disebut dalam Hadis.

Isu - isu Pengkid dan Yoga antara yang menhadi kontroversi sama ada kita sedar atau tidak. Tindakan sesetengah pihak (mungkin juga disertai umat Islam) menentang fatwa mengenai pengkid seperti KataGender dan FoodsnotBombs amat dikesali dan mengerikan. Kini, warga Malaysia dalam mengejar kemodenan dan kemewahan tergamak menentang fatwa. Siapa kita untuk menentang mereka yang arif dan alim dalam urustadbir agama? Sekadar logik akal sahaja jauh dari mencukupi untuk memahami hukum - hakam. Dengan logik tidak mungkin kita memahami dan mempercayai roh, alam ghaib dan sebagainya.

Yoga walaupun hanya perbuatan fizikal misalnya namun para alim ulama lebih mengetahui dan pastinya ramai yang sedar menjauhi perbuatan dan perkara syubhah lebih baik daripada menghampiri dan melakukannya. Al - Quran ada menyebut arak itu ada kebaikan namun keburukannya mengatasi kebaikan. Prinsip menjauhi sesuatu yang tidak pasti seperti dalam perintah Allah ini wajar jadi pegangan.

Sajak Kematian yang turut menjadi kontroversi satu lagi petanda Akhir Zaman. Mengapa perlu gusar pada kematian sedang kematian itu perkara yang pasti, tua atau muda kenapa perlu dipersoal? Bukankah lebih baik mendidik anak - anak dari awal tentang tanggugjawab mereka agar mereka sedar dan tidak lalai. Lebih baik fobia akan seksaan kubur daripada langsung tidak mengetahui.

Dunia kian ganjil tatkala terbaca suatu entri kenalan blog dengan tajuk "Sajak Kematian Menginsafkan". Penulis seorang bukan Islam namun terlontar darinya kesedaran dan keinsafan tentang maut. Tulisannya benar - benar menyentap rasa hakikat seorang Muslim yang banyak 'tersasar'.Maut yang pasti, wajar kesedaran itu dikongsi sama oleh kita yang Islam dan bukannya fobia lantas memberi pelbagai alasan untuk 'mengharsmkan' CD tersebut.

Sekali lagi, saya bukan yang arif dan alim tentang agama dan bukan juga Muslim yang terbaik namun terpanggil untuk berkongsi. Walang melihat mereka yang lebih arif mendiamkan diri malah menentang. Di mana suara Sisters in Islam misalnya tentang isu pengkid? Dalam setiap perkara ada batasnya tambah lagi dalam soal agama dan pegangan, kelonggaran yang diberi bukan lesen untuk menentang suruhan agama. Bukankah Islam itu Syumul dan sarwajagat, mengapa perlu ditentang sedang janji Tuhan sudah terpahat?

Siapa kita untuk menentang, hebat sangatkah kita nak lawan Allah?

No comments: