Sunday, October 25, 2009

Lidah Bercabang Penuh Berbisa

Datuk Hj. Asri Muda, Pelopor Kerajaan Perpaduan Pertama tersungkur dek Lidah Bercabang


Bila ada kemelut lawan
dikata lawan bermasalah

walhal masalah itu
timbul
kerana anasir - anasir mereka

konon lawan kini berantakan

namun ia hanya sandiwara
rahan mereka

lakonan hebat pelakon mereka


Apa ertinya Perpaduan

kalau ia berpaksi kehancuran suatu pihak
pihak yang menang menang semua

tiada istilah menang - menang

yang menang, menang semua


Perpaduan
indah khabar dari rupa
dulu Perpaduan yang dicanang

akhirnya tersungkur jua
di kaki si Lidah Bercabang
Ingin berkongsi kononnya

akhirnya semua dirampas

Pelopor Perpaduan akhirnya
berkelana membawa diri

membina rumah baru
yang goyah
tanpa penghuni


Hati - hati duhai Pejuang

Semangat Rakyat jadi perangsang

jangan nanti jatuh terlentang

maruah habis ditelanjang

No comments: