Rampasan kuasa telah berlaku di sini
Sebelum ini PM didakwa berkata sekiranya BN gagal untuk memerintah semula maka tiada siapa dibenarkan untuk menggantikan tempat BN. Pada hari ini lebih ramai Ahli Dewan Rakyat Pakatan Rakyat digantung sekaligus membolehkan BN memperolehi majoriti dua pertiga yang selama ini didambakan. Dengan kata lain, demokrasi berparlimen telah mati! Rampasan kuasa secara halus telahpun bermula...
Dengan kelebihan dua pertiga, BN boleh dan mampu melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sebarang halangan dan inilah yang ditakuti oleh seluruh warga Malaysia yang rasional. Mereka bukan sahaja telah membunuh demokrasi tetapi yang lebih malang perwakilan ataupun suara rakyat yang telah memilih ADR - ADR berkenaan telah dinafikan dengan suatu keputusan autoktatik Speaker Dewan Rakyat.
Menggantung kehadiran ADR walaupun merupakan kuasa prerogatif Speaker perlu berlandaskan Peraturan Mesyuarat Dewan dan yang lebih penting kepentingan rakyat yang diwakili tidak terjejas. Penggantungan selama setengah tahun ini bermakna, ADR - ADR tersebut tidak boleh menghadiri sebarang sidang Dewan sehingga April atau Mei depan. Dengan ketiadaan mereka maka rakyat tidak akan memperolehi representasi yang sepatutnya terutama bagi mengutarakan persoalan ataupun masalah yang mereka hadapi.
Kemungkinan besar sidang kali ini merupakan sidang Dewan yang mereka hadiri memandangkan desas - desus kuat mengatakan Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Mac depan. BN kini kelihatan giat melakukan apa yang terdaya untuk mengekang dan seterusnya melupuskan suara - suara yang menentang tindak tanduk mereka yang kian hari kian menunjukkan kelibat diri mereka yang sebenar.
Penggantungan itu juga bermakna mereka tiada kurangnya dengan junta tentera Myanmar yang menidakkan kemenangan Aung San Suu Kyi dan partinya pada pilihanraya tahun 1990 dahulu walaupun kelihatan seperti mereka menentang keras perlakuan junta tentera berkenaan. Benarlah seperti yang ditulis Harakah bahawa kini rakyat bukan didahulukan tetapi lebih kepada rakyat dahulu kena. Al Fatihah untuk demokrasi Malaysia...
No comments:
Post a Comment