Friday, December 17, 2010

Buta Sejarah

Negeri kaya, rakyat miskin


"Rupanya masih trdapat masy yg xmemahami bahawa keistimewaan org melayu merangkumi hak2 istimewa kaum bumiputera sabah/sarawak. Mungkin ini juga salah satu faktor mengapa kaum bumiputera di sabah khasnya, ada segelintir yg agak emosional a/bila org Melayu lantang mempertahankan hak yg telah dipersetujui sebelum kaum imigran diterima menjadi warga Persekutuan Tanah Melayu & akhirnya Msia.Perlu diberi penjelasan."


Pernyataan di atas diambil daripada komen dalam FB yang jelas lagi nyata menunjukkan kedangkalan empunya komen tentang situasi terkini dan kedudukan sebenarnya mereka yang dianggap sebagai kononnnya teermasuk dalam istilah Melayu. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 menyebut secara jelas dan mengasingkan Melayu dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan bukannya seperti yang terkandung dalam komen di atas.

Ketika mereka menuduh sebahagian besar terutamanya mereka yang kritikal terhadap parti memerintah, sebagai tidak memahami atau cuba mengubah Perlembagaan nyata mereka sendiri dangkal tentang Perlembagaan hingga berlaku kesilapan yang memalukan seperti yang tertera dalam komen di atas. Melayu dalam Perlembagaan [Perkara 160] adalah mereka yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu dan lahir di dalam Persekutuan pada atau sebelum Kemerdekaan. Hal atau tafsiran ini jelas membezakan Melayu dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak semestinya beragama Islam. Oleh yang demikian maka Perkara 153 dengan jelas membezakan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang mungkin bukan beragama Islam.

Perkara 153 secara jelas turut menyatakan bahawa YDPA bertanggungjawab memelihara dan memastikan kepentingan - kepentingan sah kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dan kaum - kaum lain. Kepentingan - kepentingan yang sah inilah yang menjadi isu tatkala pelampau nasionalis asyik dan tegar melauangkan konsep 'Ketuanan ' yang nyata menyimpang jauh dari initipati dan roh Perlembagaan, yang kononnya mereka dukung. Bahagian terkemudian dalam Perkara 153 ini sering diabaikan apabila mereka ghairah menegakkan 'ketuanan' mereka.

Pada masa yang sama, sekiranya kita andaikan Melayu itu termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam komentar di atas sekali lagi empunya komentar gagal memahami atau sengaja menidakkan hakikat bahawa bumiputera Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding rakan atau saudara Melayu mereka di Semenanjung termasuklah mereka yang beragama Islam sendiri seperti yang kita ketahui semasa PRK Batu Sapi sedang hangat berlangsung. Kaum bumiputera Islam di sana masih ramai yang miskin malah mungkin ramai yang masih tergolong sebagai miskin tegar.

Justeru, apakah atau tidakkah wajar mereka ini gelisah dan emosional tatkala mereka masih terpinggir dan jauh ketinggalan walhal mereka (mengikut empunyakomentar) termasuk dalam definisi Melayu? Di mana keadilan sekiranya dalam RMK 10 ,peruntukan untuk Sabah dan Sarawak jauh lebih kecil berbanding dengan peruntukan untuk negeri - negeri lain ketika Sabah dan Sarawak umum mengetahui merupakan antara penyumbang terbesar pendapatan negara? Adakah wajar sebuah negeri yang kaya dengan hasil dan menyumbang kepada pendapatan negara masih antara )menurut Bank Dunia masih yang termiskin) yang termiskin di Malaysia?

Isu ini tidak berbangkit sekiranya Sabah, Sarawak dan kaum - kaum lain memperolehi apa yang wajar mereka perolehi sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 dan bukannya atas dasar ehsan seperti yang sering digunapakai oleh parti memerintah tatkala mengagihkan sesuatu walhal Sabah, Sarawak dan kaum - kaum lain turut menyumbang ke arah pendapatan yang kemudiannya diagih kepada mereka atas 'ehsan' parti memerintah. Inilah akibatnya mereka yang mengaku bijak tetapi hakikatnya mereka dangkal!

No comments: