“Siapa yang tidak patriotik sebenarnya? Kami, skuad negara atau peminat bola sepak. Orang yang patriotik sepatutnya akan sentiasa bersama pasukan - tidak kira menang atau kalah. Bukan masa menang sahaja.
Demikian antara petikan kata - kata mempertahankan diri, berdalih tidak sudah - sudah pemain bola sepak kebangsaan yang diabkan baru - baru ni oleh UAE, 5- 0. DEngan mudah mereka mengalihkan 'kesalahan' pada peminat dan warga Malaysia yang telah sekian lama 'keletihan' dan kecewa dengan prestasi hambar dan buruk skuad negara.
Mereka mungkin lupa kritikan - kritikan terhadap persembahan hambar dan memalukan mereka dilontar oleh para peminat yang sering kali hadir menyaksikan perlawanan yang melibatkan skuad negara sama ada perlawanan persahabatan mahupun pertandingan sebenar. Sekiranya dilihat prestasi buruk pasukan kebangsaan sewajarnya para peminat tersebut serik mengunjungi stadium apatah lagi terpaksa pula mengeluarkan kos yang tinggi untuk pengangkutan, tiket dan perkara lain tetapi disajikan dengan persembahan buruk dan bertaraf rendah, langsung tidak berkualiti.
Para penyokong rela berhujan, berpanas demi pasukan kebangsaan malah terpaksa pula berbelanja untuk menonton persembahan kelas tiga skuad kebangsaan. Sementara itu, skuad kebangsaan bukan sahaja bermain dengan penuh keselesaan malah segala perbelanjaan ditanggung malah mereka juga dibayar elaun untuk 90 minit persembahan kelas tiga! Siapasebenarnya yang tidak patriotik? Siapa sebenarnya berlagak samseng seolah - olah mereka pemain terbaik dunia? SIAPA?!
Daripada mengakui kesilapan dan kelemahan, primadona padang kelas tiga ini lebih gah menuding jari kepada para peminat dan warga Malaysia yang telah sekian lama dahagakan kecemerlangan yang kian menyepi sejak layak ke Olimpik pada 1980. Justeru, tidak wajarkah para peminat mengkritik persembahan ala amatur mereka?
Para pemain kebangsaan sewajarnya menutup mulut dan belajar melihat dalam diri, bermuhasabah tentang prestasi mereka yang jauh tidak setimpal dengan kemudahan dan keistimewaan ditambah lagi dengan sokongan para peminat di stadium. Mereka perlu belajar menerima hakikat bahawa mereka juga bertanggugjawab atas kemunduran dan kemerosotan prestasi bola sepak negara yang kini di tahap amat kritikal dan nazak.
FAM pula tidak seharusnya berdiam diri dan terus 'memuja' dan melindungi penyangak - penyangak ini. Sering kali hanya jurulatih dan pengurusan yang dikritik dan ditempelak namun para pemain yang menentukan jatuh bangunnya bola sepak negara hanya mendapat sedikit tempiasdan bagi yang berkulit 'tebal' langsung tidak terasa malah terus menafikan situasi sebenar.
Cukuplah dengan perangai 'bintang' yang tidak bertempat malah tiada seorang pun dalam skuad kebangsaan layak dipanggil bintang. Mereka lebih layak bergelar pemain amatur kelas empat berbanding bintang. Pasukan wanita kebangsaaan mana - mana negara pun boleh mengalahkan skuad kebangsaan yang dibarisi 12 orang lelaki tidak bertulang dan bersemangat lembik. FAM selepas ini mungkin boleh mernjemput mana- mana pasukan divisyen tiga England seperti Morecambe FC atau Bury FC dan kita akan melihat status sebenar skuad kebangsaan yang berlagak seperti malaikat, ma'sum dan bebas dari sebarang kekurangan.
Kini B. Sathianathan telah menerima takdirnya namun skuad kebangsaan masih tebal dengan keangkuhan dan kebebalan mereka yang langsung tidak berasa bersalah malah kini cuba pula mengalihkan kesalahan pada para peminat. Wajar benar mereka ini dirotan di khalayak untuk menyedarkan mereka agar berpijak di bumi nyata!
Semangat kesukanan tidak cukup untuk membayar maruah sebuah negara
No comments:
Post a Comment