Friday, November 26, 2010

SHAME ON THEM!


Our nation has come to this apalling level whereby the PEOPLE have to ask for what is
rightfully theirs
A sign of corrupted government
HELP THEM AS YOUR ABILITY PERMITS!

Thursday, November 25, 2010

BAGAIMANA DENGAN BEAUFORT, JESSEL DAN HUGH LOW?



Tiada nilai sejarah?


Setelah tidak dapat menepis bantahan orang ramai tentang cadangan membina bangunan 16 tinggi, Pengerusi LPPB dengan bantuan Pengarah Arkib Negeri cuba pula berhujah dari segi sejarah tentang betapa Menara Jam Atkinson tidak bernilai sejarah.


Berdasarkan buku Paduka Mat Salleh Sabah Hero (1894 - 1900), mereka berhujah bahawa Georga Francis Atkinson pernah terlibat aktif dalam cubaan membunuh Paduka Mat Salleh dengan meracun air sungai Pangalan. Pengarah Arkib Sabah seterusnya mengatakan bahawa sebagai seorang yg terlibat dalam usaha menghapuskan Mat Salleh, maka tidak wajar Atkinson diberi penghormatan.


Hujah dangkal seperti ini tentu akan menjurus kepada penghapusan mana - mana tinggalan penjajah di seluruh dunia terutamanya Malaysia kerana mereka sebenarnya pembunuh, penjajah , penjarah dan pelbagai konotasi negatif. Malah beberapa nama yang berunsur luar seperti daerah Beaufort, Teluk Darvel, Hospital Queen Elizabeth II dan Duchess of Kent perlu diubah serta merta kerana mereka penjajah dan sudah tentu membawa keburukan dan kesan negatif pada masyarakat tempatan.


Berdasarkan kepada analogi Pengerusi LPPB dan Pengarah Arkib Sabah wajar Menara Atkinson dan monumen - monumen lain dibiarkan atau dikorbankan. Namun ia tidak berlaku kerana monumen - monumen tersebut bernilai sejarah yang mampu mendidik dan mengingatkan generasi kini tentang keperitan dijajah bangsa asing. Tambahan pula, nama - nama seperti Beaufort, Queen Elizabeth dan Duchess of Kent telah sebati dengan masyarakat tempatan di samping hakikat bahawa mereka ini pernah menyumbang sesuatu yang positif kepada negara ini amnya dan Sabah khasnya.


Kenyataan mereka sebenarnya tidak ubah seperti penjajah yang mereka 'benci' malah lebih buruk memandangkan LPPB terutamanya merupakan penjaga Menara Atkinson kerana ia berada di atas tanah milik organisasi itu. Langkah atau hujahan menidakkan nilai sejarah Menara Atkinson seolah - olah seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Adakah bangunan setinggi 16 tingkat mampu meningkatkan nilai pelancongan Menara Atkinson daripada kayu yang kerdil itu?


Sewajarnya jika mereka ikhlas, mereka patut memohon tanah lain untuk dibangunkan. Paling menyedihkan bangunan asal LPPB sendiri yang diakui oleh ramai sebagai bernilai sejarah turut tumbang bahana kerakusan dan sikap mementingkan wang LPPB sendiri. Kini, mereka beralih pula kepada Menara Atkinson untuk memuaskan nafsu mereka!