Tuesday, July 8, 2008

Warkah Terbuka Buat Pemimpin

Assalamualaikum,

Sedang Saiful Bukhari yakin dan sanggup bersumpah DSAI seolah -olah enggan berbuat demikian atas alasan pernah berbuat demikian pada 1998 tetapi masih dibicara dan dipenjarakan. Sewajarnya DSAI selaku seorang reformis berani menanggung segalanya dan yakin terhadap ketentuan- Nya secara total dan tidak berbelah bagi. DSAI seolah -olah ingin berselindung di sebalik para mufti yang 'kononnya' menasihatkan DSAI berbuat demikian.

Sekiranya DSAI berada di pihak yang benar dan diakui dengan sumpah berkenaan tetapi masih didakwa termasuk dipenjara maka tidak salah bagi DSAI menidakkan hukum buatan manusia dengan memohon suaka di negara asing, saya menyokong penuh dan yakin para pendokong PR juga setuju bagi memastikan perjuangan diteruskan.

Tetapi sekiranya DSAI enggan atas apa jua alasan apatah lagi dengan mengatakan ia tidak berguna memandangkan DSAI akan tetap dihukum walau telah bersumpah maka ia seolah -olah bukti DSAI bersalah atas tuduhan berkenaan. Mengapa perlu takut untuk bersumpah kecuali memang benar tuduhan berkenaan dan kerana takut laknat Yang Esa DSAI memutuskan untuk tidak bersumpah.

Ramai pasti tersinggung dan marah dengan kenyataan ini namun seperti yang kita sebagai orang Islam yakini, tiada undang - undang terbaik selain Syariah maka wajarlah kita berbalik padanya memandangkan undang - undang manusia di negara ini kini amat tidak diyakini. Contoh terdekat tentang hukum Islam ialah keengganan Azhar Mansur untuk mengucap Syahadatain menyebabkan hingga hari ini masih ramai meragui keIslamannya. Janganlah DSAI pula menurut jejak langkahnya.

Kiranya benar tuduhan itu, hakikat yang berat untuk diterima maka wajarlah DSAI membiarkan pimpinan lain mengambilalih dan terus berjuang walaupun mungkin hingga ke akhir hayat. Seperti yang DSAI sering utarakan perjuangan ini untuk rakyat Malaysia demi Allah dan bukan untuk dan atas nama hambaNya bernama Anwar Ibrahim.

Kiranya DSAI tidak bersalah lakukanlah dan Insya Allah Allah sentiasa berada bersama hamba - hambaNya yang benar. Akhir kalam, maaf atas kebiadapan bicara bukan bermakna perjuangan DSAI ditolak namun seperti kata DSAI, Malaysia perlukan pemimpin yang bersih dan mampu memikul tanggungjawab.

Lawan Tetap Lawan Walau Pimpinan Bertukarganti!

No comments: