Saturday, March 14, 2009

Kejahilan Menuju Kehancuran


Mangsa- mangsa 'kedegilan' pimpinan!


Kenapa masih tak faham? Umat terdahulu sebelum menguasai sesuatu ilmu seperti sains, matematik dan sebagainya akan mempelajari dan menguasai dahulu bahasa yang digunakan untuk menyebarluaskan ilmu berkenaan dan bukannya seperti yang dilakukan oleh mantan 'Bendahara' Malaysia yang Keempat itu!

'Bendahara' berkenaan masih bertegas dan berdegil bahawa tindakannya tepat memandangkan umat Islam dan bangsa Eropah 'kononnya' turut berbuat demikian pada masa lampau demi menguasai sesuatu ilmu. Dangkal dan bodoh!

Kuasai dahulu bahasa dan kemudian dengan mudah boleh menguasai ilmu dalam bahasa asing. Bukannya cuba menguasai sesuatu dengan menggunakan bahasa asing untuk menguasai sesuatu ilmu yang juga asing! Bangsa Eropah menguasai dahulu bahasa Arab sebelum mereka menguasai ilmu- ilmu seperti Sains, Perubatan, Matematik dan sebagainya. Demikian juga umat Islam terdahulu yang terlebih dahulu menguasai bahasa Latin sebelum mereka mencedok ilmu - ilmu yang menggunakan perantaraan Latin!

Di Malaysia, murid - murid dipaksa menguasai matematik dan sainsdalam bahasa yang mereka sendiri lemah dan masih belum menguasainya. Pada asalnya, murid - murid lemah dalam ketiga - tiga disiplin ilmu berkenaan dan kini yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. Keadaan semakin parah kin.

Terdapat rungutan dan bukti bahawa ramai murid yang gagal dalam ujian mahupun peperiksaan bagi ketiga - tiga subjek berkenaan di peringkat sekolah secara tiba - tiba berjaya lulus cemerlang dalam subjek - subjek berkenaan! Dalam analisis SPM baru - baru ini, KPPM sendiri mengakui bahawa peratus murid yang memperolehi 1A dan 2A dalam B.Inggeris mengalami penurunan tetapi Sains dan Matematik pula meningkat!

Statistik sedemikian amat mengelirukan dan menghairankan memandangkan bahasa perantaraan Sains dan Matematik mengalami kemerosotan tetapi sebaliknya berlaku kepada subjek - subjek yang diajar menggunakan bahasa tersebut!

Ujar mantan Bendahara itu lagi, demonstrasi bukan cara penyelesaian kemelut PPSMI. Benar wahai Negarawan Ulung, ia bukan jalan keluar mutlak tetapi ia merupakan salah satu jalan keluar setelah desakan, memorandum, perbincangan dan bantahan melalui medium lain gagal menarik perhatian kerajaan. Cadangan PPSMI dahulupun tidak melalui mana - mana meja rundingan, undian mahupun referendum tetapi ia secara mendadak dijalankan atas arahan mantan Bendahara!

Umum tidak berkesempatan langsung untuk menyuarakan pandangan tetapi terpaksa menerima sahaja perintah daripada mantan Bendahara memandangkan beliau amat berkuasa ketika itu.

Sekiranya dasar PPSMI benar - benar berkesan, maka kerajaan melalui KPM dan agensinya seperti LPM wajar memansuhkan dasar dwibahasa dan hanya menggunakan B.Inggeris dalam peperiksaan awam. Pada masa yang sama audit luar yang berkecuali wajar dijemput menghalusi dan memantau proses - proses yang terlibat daripadapenyediaan soalan hinggalah penyemakan jawaban dan pengumuman keputusan.

Berselindung di sebalik kuasa adalah watak seorang PENGECUT!

1 comment:

Anonymous said...

Hello. I like your blog. It have good contain. It opened my eyes more big. Your blog also has open my brain. Now, I will went to your blog everydays. I hope you will write many story about Sabah. Sabah are a big nation. I stay at Sabah. Sabah have many leader ships. The people in Sabah are also very kind. Last year, I go to Ranau and I get up a car. The car was very slowest. I succeeded to climb Mount Kinabalu. I nearly fell down to the earth when I run up. Luckily, I have superhero power. I actually can fly like aerodynamic! Thank you to you. Bye!