Tuesday, January 5, 2010

Masa Untuk Berfikir

Selepas kewafatan Rasuallah SAW, perpechan mula kelihatan terutama semasa pemerintahan Khalifah Uthman al -Affan hinggalah muncul kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah. Pernah Nabi bersabda "Perbezaan pendapat adalah rahmah". Perbezaan pendapat berkenaan merujuk kepada hal - hal duniawi tetapi kini kita berdepan dengan soal akidah yang implikasinya tidak menjurus kepada kebaikan namun lebih kepada keruntuhan.

Masalah yang dihadapi kini diburukkan lagi oleh mereka yang mengaku arif dalam agama tetapi bukanlah dari kalangan ulama sebenar yang tidak terlibat dalam aktiviti berpolitik. Hal ini menyuebabkan ramai terkeliru dan berpecah-belah mendengar pendapat ahli - ahli politik berlagak ahli dalam agama. Keadaan ini dahulunya akhirnya melahirkan golongan Khawarij yang tidak berpihak pada Ali bin Abi Talib mahupun Muawiyah Abi Suffian. Keadaan inilah yang amat dikhuatiri akan dan mungkin berlaku dalam negara jika ahli politik terus mengapi - apikan keadaan.

Mujur Majlis Fatwa Kebangssan telah mengeluarkan fatwa bahawa kalimah Allah hanya untuk mereka yang menganut Islam. Dalam situasi dimana kalimah Allah juga digunakan oleh mereka di Asia Barat atau di negara jiran misalnya tidak boleh dijadikan ukuran untuk mewajarkan mereka menggunakan kalimah berkenaanmemandangkan situasi di negara ini berbeza di mana kalimah Allah selama ini tersebarluas dan diketahui umum hanya digunapakai oleh masyarakat Islam secara terbuka manakala yang lain hanya menggunakannya secara terhad dan tertutup malah secara sembunyi.

Tambah menyedihkan tatkala mereka yang 'berjuang' menegakkan kebenaran dan menentang penggunaan kalimah tersebut rata - rata bukanlah mereka yang benar - benar menyelami dan mematuhi ajaran Islam sebenar. Ada antara mereka jelas tidak menutup aurat walhal ia adalah wajib dan lebih mengharukan dengan pakaian yang terdedah mereka mengaku mengamalkan ajaran Islam! Ramai yang masih mengunjungi kedai kedai nombor ekor sambil tanpa segan silu meneguk arak.

Setiap kejadian ada hikmahnya dan keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah turut membawa hikmah. Ia wajar dijadikan ingatan dan sempadan bagi umat Islam untuk menguatkan iman dan pengetahuan agama agar tidak mudah terkeliru seperti yang ditakuti ramai. Mereka khuatir kebenaran tersebut bakal mengelirukan umat Islam tetapi malang sekali mereka gagal melihat senario yang lebih besar yakni tuntutan dan keperluan untuk mengukuhkan iman dan dakwah. Sekiranya iman seseorang itu teguh dengan kalimah dan cara apa sekalipun ,musuh - musuh Islam akan tetap gagal menembusi benteng iman seperti yang pernah dialami oleh Bilal bin Rabah, keluarga Ammar bin Yassir dan ramai lagi yang diseksa tetapi iman mereka tetap teguh dan tidak terusik malah semakin kuat.

Pendapat Dr. Asri Zainal Abidin dan beberapa ulama juga wajar drenungi kerana mereka berpendapat keputusan tersebut sebenarnya membawa hikmah dakwah kepada mereka yang menuntut kebenaran menggunapakai kalimah tersebut. Dengan menggunapakai kalimah tersebut,mereka umpama mengakui keagungan Allah. Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah menggubal atau memperkenal peraturan dan undang - undang baru bagi mengawal dan menyekat penyalahgunaan dan penyelewengan kalimah tersebut.

Keputusan tersebut sebenarnya membuktikan keagungan Allah SWT di mana mereka akhirnya mengakui tuhan itulah Allah walaupun mereka tidak bersyahad bahawa Allah itu Esa namun itu bukanlah alasan bagi umat Islam untuk mengubah dan membentuk metoder dakwah untuk menangkis sebarang penyelewengan.

Kepada Allah kita bertawakkal


No comments: