Wednesday, February 4, 2009

KURANG AJAR, MUNAFIK!

Memang jijik dan menjijikkan bila bersikap munafik. RAkyat negara ini perlu membuka mata dan minda seluas - luasnya untuk menimbang siapa sebenarnya yang bertindak dan berlaku zalim dan tamakkan kuasa sehingga mandat rakyat langsung tidak diendah dan dipedulikan hanya untuk terus berkuasadan untuk merampas kekuasaan yang sah milik orang lain secara demokrasi. Suatu proses yang diagung- agung oleh pemimpin yang biadab dan kurang ajar!

Ketika mereka begitu marah dan tercabar tatkala wakil - wakil rakyat mereka 'menyeberang' dengan tohmahan dan kata - kata menghina. Mereka menuduh wakil - wakil rakyat tersebut sebagai pengkhianat rakyat dan pembelot lantaran mereka dipilih berdasarkan parti. Namun tatkala beberapa orang wakil rakyat pihak lawan sama ada secara rela atau 'paksarela', mereka ini tidak pula dilabel pengkhianat malah diberi sambutan wira kononnya mereka inilah wira kerana mementingkan rakyat untuk berjuang dalam parti yang mengutamakan rakyat. Memang sahih kemunafikan mereka. Sayangnya, mereka tidak pula terasa malu mahupun bertanggugjawab ke perbuatan 'mencuri' mereka.

Perkembangan terkini menunjukkan dalang di sebalik kejadian aneh dan ganjil merupakan bakal Perdana Menteri yang kian khuatir akan kehilangan kuasa menjelang Mac nanti. WArga Malaysia yang bertanggugjawab perlu menyedari kerakusan dan ketamakan dan lebih parah kezaliman yang nyata membelakangkan hasrat rakyat untuk memilih kerajaan baru di Perak. Mereka yang dipilih merupakan wakil - wakil asal yang dipilih parti lawan dan bukannya sang katak yang gemar melompat. Kerajaan Perak kini merupakan kerajaan yang bukan sahaja sah dari segi undang - undang malah juga sah dari segi moral kerana mereka bukan sang katak seperti yang berlaku di Sabah pada tahun 1990.

Sekiranya parti yang menguasai kerajaan Persekutuan bermoral dan beragama, tindakan menarik wakil - wakil pihak lawan semata - mata ingin menumbangkan kerajaan yang sah pilihan rakyat melalui jalan belakang yang langsung tidak mencerminkan mereka menghormati pilihan rakyat melalui proses demokrasi. Mereka terlalu tamak dan gelojoh kuasa sehingga tidak betah menanti pilihan raya umum yang ke 13 pada 2012.

Hairan dan sedih kiranya perbuatan terkutuk ini masih dimaafkan oleh sekalian rakyat Malaysia. 'Rampasan' kuasa di Perak kali ini jelas menunjukkan kebiadapan, ketamakan, ketakutan dan kemunafikan yang amat jelas! Bangunlah rakyat Malaysia! Bersama - sama kita menumbangkan kerajaan yang zalim dan rakus!


Biadab dan kurang ajar!

No comments: