Thursday, June 5, 2008

Terima kasih...

Sedih dan sebak membaca komen saudara - saudara senegara sebab saya pun salah seorang daripada saudara -saudara yang bakal terbeban dengan kenaikan harga minyak. Namun apakah yang boleh dilakukan selain mengkaji semula perbelanjaan peribadi, setakat itulah yang kita mampu buat. Kuasa bukan di tangan kita, nak demo...buat apa? Masuk lokap lepas tu melopong juga, minyak kekal harga tapi masa dah terbuang di jalanan dan lebih teruk bermalam di kandang besi.

Apa yang PR boleh buat? Manifesto pilihanraya masih banyak yang tak tertunai waima di Selangor sendiri.Ya Allah, sesungguhnya inilah ujianMu yang kami harus terima namun perkenankanlah du'a hambaMu yang teraniaya bahana ketidakadilan sedang orang - orang besar Pak - Pak Menteri berkereta besar ke sana ke mari bermain golf, pergi bercuti tanpa membayar sesen pun minyak marhaen di bawah dikerah menanggung segalanya.


Kenaikan harga minyak berlaku di mana - mana, hakikat pahit yang terpaksa kita telan.Indonesia pengeluar minyak pun telah lebih dahulu mengisytiharkan kenaikan minyak. Apa yang PR/PKR boleh buat kalaupun tegak menjadi kerajaan? Janji - janji pilihanraya memang sekadar janji yang tak mampu ditunaikan walaupun niat memang ingin ditunaikan.


Kalaupun diizinkan DSAI jadi PM, apa yang mampu dibuat? Bukan mudah mentadbir negara. Kalaupun DSAI masuk UMNO, biarlah mungkin perjuangan perlu ubah haluan sekali lagi setelah anak didik Ezam membuka jalan. Dalam politik semua boleh terjadi dan tiada istilah berpatah arang berkerat rotan atau mustahil. Semua boleh berlaku dan kita perlu sedar hakikat itu walau DSAI berjanji hari ini tidak akan masuk UMNO semula tetapi kalau sudah ketentuan Yang Esa, siapa boleh menghalang tetapi bagi yang masih dalam PKR/PR perjuangan bukan kerana individu, individu boleh datang dan pergi namun initipati perjuangan sama sekali tidak boleh ditukar ganti.


Hari ini DSAI bersama PKR/PR mungkin esok TDM, Najib dan AAB pula berada dalam PKR. Biarlah, biarkan..redhakan semuanya asal perjuangan yang didukung tidak berubah demi kemaslahatan dan reformasi. Rasanya tak perlu DSAI isytihar tak keluar PKR/PR nanti janji dan sumpah memakan diri. Selagi berpegang pada matlamat perjuangan yang dipercayai selama ini teruskan...


Akhir kalam...terima kasih Pak Lah ....terima kasih BN.




Sekadar keluhan dan luahan rasa Sang Marhaen yang kerdil, tak punya apa-apa

No comments: