Sunday, December 30, 2007

Pencapaian Bahasa Dalam PMR

"Menurut Persatuan Linguistik Malaysia, Profesor Dato' Dr Awang Sariyan , perangkaan menunjukkan bahawa berlaku kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik berbanding dengan keputusan pada tahun 2006 dan 2005 walaupun dikatakan stabil. Tambahnya lagi, pencapaian tersebut menunjukkan bahawa pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak meningkatkan pencapaian dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Jelasnya, faedah kepada pelajar dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu tidak pula dinyatakan secara khusus dan jelas iaitu daripada segi apa dan dalam bentuk apa. Selain itu katanya, peningkatan calon yang menjawab dalam bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu pula tidak dinyatakan jumlah atau peratusannya. Jika berlaku peningkatan, ia tidak dapat menjadikannya kewajaran pelaksanaan dasar tersebut.
"Kesan PPSMI kepada pelajar luar bandar dijangka berterusan untuk tempoh yang panjang. Jika akhirnya pelajar luar bandar dapat mengikuti Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sekalipun, kesan yang sering saya tekankan ialah punahnya jati diri dan salah satu asas tonggak tamadun kita, iaitu bahasa Melayu. "Kita percaya pentingnya kemajuan dicapai dalam acuan sendiri seperti yang diungkapkan dalam Wawasan 2020, tetapi pelaksanaan bertentangan dengan kepercayaan itu," katanya. Sehubungan dengan itu, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini iaitu jika hendak meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris, maka usaha dan strategi hendaklah dirancang melalui proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu, bukan melalui pengajaran mata pelajaran lain"

Demikian komen seorang pakar bahasa berkenaan pencapaian mata pelajaran Bahasa dalam PMR baru - baru ini. Anda fikirkanlah sendiri intipatinya.

Bukan Pejuang Bahasa

No comments: